Saturday, 20 August 2016

(CAREER) INTERVIEW PART.

Hai korang, lama betul tak update kat sini.

Flashback few weeks ago, Kak Lin dapat interview dengan satu company ni. Within 3 months banyak gila interview yang Kak Lin pergi. Jarang lah tolak. Apa yang dapat semua kita sebat. Tak baik tolak joki. Ehehe.

Kak Lin ada apply satu jawatan kat Jobstreet. Mula-mula tengok qualification rasa down gila. Asal kau nak degree? ingat budak diploma tak reti buat kerja eh. Jahettt. Dengan angkuh Kak Lin submit je resume. Lantaklah kau nak degreee ke apa ke, kalau sesuai kau panggil. Tak sesuai aku tetap apply. Kahkahkah!

Lepas 3 hari camtu, company tu email bagi tahu selected untuk interview. WOAH,HAPPY WEH! Kak Lin senyum sinis je kat email tu sebab lepas semua qualification dia walaupun TAK ADA DEGREE. Ke sebenarnye sebab tak ada sapa yang apply? Mangko. hahaha.

Happy kejap je Kak Lin terkedu bila dia stated location untuk interview kat Damansara. Hmm bukan tak nak tapi keadaan tak mengizinkan. Kak Lin pernah kerja KL before this and previous experience memang terible. Kenot go lah kalau nak kerja KL. Sedih tau sebab position tu memang idaman Kak Lin. Then diorg call buat pengesahan tanya kenapa reject interview tu.

Kak Lin tanya kalau terpilih, Kak Lin akan based di Perak or Kl. Then dia terus cakap position tu untuk cover KL area. Wa sentap weh. Wa cedih gila! Memang tak ready lagi nak kerja kat Kl walaupun Encik Sayang Kak Lin duk area KL. Eh come on, Kak Lin tak terdesak pun nak duk dekat dekat dengan dia. Homie much more comfortable. Boleh tengok umi ayah, boleh bangun lewat, boleh terperap dalam bilik lama-lama. Alah banyak la lagi sebab yang tak boleh nak reveal.

Kak Lin direct je cakap "Sorry Diana, I couldn't make it. if i'll be located in Damansara i just have to say thank you for your offer and opportunity. Really appreciate it. I taught this position available in Perak". Then dia cakap datang je interview dulu. Tapi Kak Lin tah kenapa tak tahu elergik sungguh dengan life KL. So mati-mati kak lin cakap taknak. If based in Ipoh nak. Huhuhu.

Seminggu lepas tu dia call lagi. hmmm Kak lin syak tak ramai yang apply ni. HAHAHAHA.
Diana kata Boss nak turun Perak untuk interview. Then I said, OK. Perghh director call Kak Lin weh tanya Starbuck kat Ipoh mana yang best.

Dengan konfiden yang tiada segan silu, Kak Lin cakap ada kat Jusco Kinta. Hari interview tu gigih pusing satu Kinta atas bawah cari Starbuck. Rupanya NAN HADOOO! kahkahkahkah. Pastu tebal muka msg Boss cakap salah info, Yang ada Coffee Bean je. Malu weh.

Seminggu lepas tu dapat call yang dapat kerja tu and check email untuk sign offer letter.

Guess whattttttttt.........i'll be based in PERAK. WOHOOOO!!!! Happy gila.

Sampai sekarang dah 3 minggu masuk kerja baru ni, rasa mencabar sangat-sangat untuk pelbagai sebab :-

1. Kak lin belajar sampai Diploma je. Kerja ni kalau tak ada background science memang susah nak catch up sebab semua term pakai bahasa science. Maklumlah client semua pakar bedah. HEHE

2. Sebelum ni dah biasa kerja Hotel line, tetiba masuk balik dalam medical line. Nak cuci otak karat ni susah sikit. Hari-hari lepas training confirm Kak Lin akan  buat journal sendiri. Sebab nak ingat term, nak ingat fungsi2 product bedah tu bukan senang. Nak nangis tahu.

3. So far every week kak lin akan travel ke HQ sebab training and product knowledge. Penat drive tu jangan cakap la macam mana kan. Takpe semua boleh claim. And asalkan bukan based in KL. kekekeke!

4. Sebab sebab lain nanti update lah tau. Mengantuk gila dah ni. Nanti Kak Lin cerita journey waktu kerja and apa yang hari-hari kak lin buat. Bye! Goodnigt kesayangan semua